Social Icons

Pages

Featured Posts

GURU-GURU SKTM

GURU-GURU SKTM

UPSR 2013- Tahniah SKTM !!!

14 Nov. 2013 - Sejarah terpahat lagi apabila keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Dalam majlis yang dihadiri oleh semua calon UPSR 2013 bersama ibu bapa masing-masing, Tuan Guru Besar, En. Mat Zaki B. Embong telah mengumumkan bahawa SKTM telah mencipta rekod baru dimana 11 daripada 47 calon UPSR di sini telah mendapat keputusan semua A (5A) yang membawa peratusan sebanyak 23.4% melepasi terget JPNT. En. Mat Zaki juga telah mengumumkan bahawa peratus bagi calon yang mendapat minimum C juga telah meningkat kepada 89.36%. Dalam aspek Gred Purata Sekolah (GPS), SK Teluk Menara telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.25 kepada 1.72. Secara keseluruhan, keputusan UPSR kali ini telah meletakkan SK Teluk Menara dalam kumpulan 'TOP 5' sekolah-sekolah di Daerah Kuala Terengganu. 
Tahniah SKTM..... Tekun Maju.
Calon UPSR bersama ibu bapa masing-masing setelah menerima keputusan.

Ibu bapa Afnan melihat keputusan cemerlang anak mereka.

Calon-calon UPSR SKTM yang mendapat keputusan 5A

Bergambar kenangan bersama Tuan Guru Besar.

SK Teluk Menara berada di tempat ke-5 di kalangan sekolah-sekolah di Daerah Kuala Terengganu.

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SKTM 2013


















Pada hari Rabu 13/11/2013 telah diadakan hari penyampaian hadiah SKTM yang dirasmikan oleh En Johari bin Abu Bakar selaku Pengurus Besar Dynasty I.T dengan kerjasama YDP PIBG SKTM En Halim dan Pegawai PPD KT bermula jam 8 pagi dengan kehadiran ibubapa yang memeriahkan lagi program dan berakhir kira kira jam 12 tengahari.Semoga Pencapaian yang cemerlang daripada pelajar SKTM memberi kesan yang positif pada anak anak kita yang lain untuk terus memantapkan prestasi pendidikan samada dalam institusi keluarga,sekolah dan seumpamanya.Tahniah diucapkan kepada Guru Besar Encik Mat Zaki bin Embong atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan kecemerlangan yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada guru guru SKTM yang bertungkus lumus membimbing dan mendidik anak anak menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat InsyaALLAH amin.

PASUKAN HOKI SK TELUK MENARA | JOHAN KARNIVAL HOKI 2013




Pasukan Hoki SKTM telah menyertai kejohanan karnival hoki anjuran PHWT MSNT dan MSST telah merangkul gelaran JOHAN keseluruhan bagi perempuan 11 dan perempuan 10.Tahniah diucapkan adik AIshah Azha dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik keseluruhan bagi P11 manakala adik Husna Nabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik keseluruhan bagi P10.Kedua dua penjaga gol P10 dan P11 juga dinobatkan penjaga gol terbaik kejohanan tersebut.Terima Kasih kepada MSNT kerana memilih SK Teluk Menara sebagai pusat latihan hoki tunas harapan MSNT.

Pertandingan Bercerita AKhir Tahun SKTM 2013